Tuesday, June 11, 2013

Fasa berikutnya..

Posted by Nur Athirah.. :) at 12:13 AM


Assalamualaikum :)

Rasanya dah lama tak update blog. 
Itu menunjukkan ketiadaan idea yang tersangatlah kritikal. 
Nak dapat idea tulis tajuk je pun dah sejam. 
Nak start tulis entri pun sejam. 
Tiba tiba datang pulak rasa dengki plus kagum dengan blogger yang mampu menghasilkan cerita dengan garapan idea yang sangatlah bernas. 
Ditambah dengan bahasa dan ayat diorang yang perggghhh...
Sekali baca berdesup masuk ke salur salur darah and seterusnya menghasilkan keinginan tak pun keinsafan kepada pembaca.
Bergantunglah kepada cerita yang dibaca tu kan..

Okay, berbalik kepada tajuk.
 Why i choose that tittle? Sebab, baru baru ni result baru keluar.
 Alhamdulillah, even tak lah dalam kategori best student, i'm still being thankful as it is worth it! 
Berbaloi lah berjaga malam and study together dengan ex roomates dulu kan..
 Lepas dapat result tu, mula lah masing masing sibuk isi upu fasa 2.
 Ubah apa yang patut, kemaskini balik form yang dah diisi. 
Tu adalah fasa normal sebenarnya kan. 
Next fasa adalah berdoa dan bertawakal.
 Apa pun yang kita semua bakal dapat nanti, ingatlah tu adalah yang terbaik yang Allah dah rancang untuk kita. 
Jangan merungut tau nanti.
 Ni adalah pesanan ex senior saya jugak. 
Kalau dapat macam yang kita hajati, alhamdulillah, tak dapat macam yang diingini pun alhamdulillah. 
Satu satu nikmat ataupun musibah yang Allah bagi pada kita, bila kita bersyukur, kita akan dapat ganjaran yang lebih dari tu sebenarnya. 
Maybe dari sudut yang tak tersangkakan. 
So, bersyukurlah dengan apa yang bakal kita dapat nanti ye kawan..




"Bersyukurlah kerana masih menikmati nikmat iman dan Islam."



Yes, bila saya rasa down tak dpat apa yang dihajati, saya selalu fikirkan nikmat nikmat lain yang Allah bagi. Yang mungkin dah saya terlepas pandang ke kan.. :/ 
And it makes me gain my spirit back! 
Try it out! 
Lastly, saya nak ambil kesempatan ni nak ucapkan tahniah dan syabas buat semua sahabat saya yang dapat keputusan baru baru ni. 
Sama ada keputusan tu baik atau tak.
 Bersyukur dan redha.
Allah tau apa yang terbaik.
Terima kasih kerana banyak membantu saya selama ni.
 May Allah bless us and give us the best especially on this September
. Aamiin :) 
Till we meet again.
 In Shaa Allah.
Maafkan segala kesilapan saya sama ada yang sengaja dilakukan atau yang tak sengaja dilakukan.




Lovely notes: Jangan merasakan rezeki yang diperoleh adalah hak milik usaha sendiri. Yakinlah ia adalah kehendak dan nikmat dari Illahi. Alhamdulillah :)















0 comments:

Post a Comment

 

apple_pie Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea